ROM – Seorang lelaki Pakistan berjaya mencipta rekod dunia Guinness World Record selepas memecahkan sebanyak 254 biji kacang walnut dengan menggunakan kepalanya di sini baru-baru ini, lapor laman UPI.com.
Menurut Guinness World Record, lelaki itu, Muhammad Rashid berjaya mencatatkan rekod tersebut selepas mengatasi pesaingnya, S. Navin Kumar dari India.
“Muhammad Rashid berjaya memecahkan sebanyak 254 biji kacang walnut menggunakan kepala dalam masa satu minit mendahului pesaingnya yang memecahkan 239 biji sahaja.
“Rekod itu dicatatkan pada satu program khas yang telah dirakam dan disiarkan di televisyen La Notte dei Record TV,” menurut laporan. – Agensi