fbpx

[VIDEO] Bergaduh di restoran makanan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian rakaman video pergaduhan di percayai berlaku di sebuah restoran makanan segera di Rawang, Selangor tular di media sosial hari ini.

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video pergaduhan di percayai berlaku di sebuah restoran makanan segera di Rawang, Selangor tular di media sosial hari ini.

Seorang pengguna laman Facebook mendakwa, kejadian berpunca daripada tindakan seorang pelanggan menumbuk pekerja restoran makanan segera tersebut kerana tidak puas hati dengan urusan pembayaran.

“Lelaki itu mahu bayar makanan. Sudah bayar pakai Wave dan keluar resit, tiba-tiba mahu tukar kepada Pin memang tidak boleh sebab sudah keluar resit.

“Bising-bising ditumbuk muka budak (pekerja) pandu lalu lebam mata,” dakwanya.

Dia mendakwa, pelanggan tersebut kemudian bertindak memasuki restoran makanan segera itu dengan memanjat kaunter pandu lalu.

“Lelaki itu seterusnya masuk ke bahagian dapur dan mengambil alat pemadam api untuk disembur ke arah pekerja restoran berkenaan,”ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, tindakan pelanggan itu berjaya disekat oleh pekerja restoran makanan segera berkenaan sebelum lelaki itu ditahan polis.

Sementara itu McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu berlaku di pandu lalu McDonald’s Rawang baru-baru ini.

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan kecederaan terhadap para pekerja kami dan laporan polis telah dibuat serta mempertimbangkan tindakan undang-undang,” jelas kenyataan itu. – K! ONLINE

 

 

View this post on Instagram

 

Sabar… Sabar benda boleh bawa berbincang. Malulah anak-anak tengok….. #mcd #rawang #gaduh

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) on

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI