fbpx

Usahawan tani Agrobank manfaatkan kelebihan moratorium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada pertengahan Mac lalu te­lah banyak memberi kelebihan kepada usahawan tani muda Agrobank khususnya bagi Pengarah Urusan Famox Plantation (M) Bhd., Ramana K. Naidu.

Beliau yang merupakan seorang bekas juruterbang yang terlibat dalam bidang pengelua­ran jagung bijian dan pembekalan benih jagung import terpaksa menanggung pelbagai masalah ekoran wabak Covid-19.

Tetapi usahanya tidak terbantut di situ apabila beliau beralih kepada perniagaan penternakan dan penjualan lembu.

“Ketika itu saya dapati permintaan terhadap bekalan da­ging dari India semakin bertambah tetapi terdapat masalah untuk membawanya masuk ke dalam negara.

“Orang ramai mengadu kekurangan bekalan daging lembu dan di situ timbul idea bagi saya untuk menternak lembu tempatan.

“Pada permulaannya saya membeli lembu daripada orang kampung dengan menggunakan lebihan aliran tunai daripada kemudahan moratorium yang diberikan Agrobank untuk dijadikan modal bagi tujuan ini.

“Sehingga Aidiladha yang lalu saya telah berjaya menjual kira-kira 400 ekor lembu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi webinar Agrobank, UMBI AGRO siri kedua yang bertajuk Pasca Moratorium: Bersediakah Usahawan Agro?” di sini baru-baru ini.

Turut hadir seorang lagi usahawan tani Agrobank, Pengurus Kualiti Pengeluaran, Jaya Nets Sdn. Bhd., Michael Chew Heng Hao.

Sementara itu, Heng Hao menjelaskan, kemudahan moratorium telah dimanfaatkan dengan menyusun strategi menambah baik strategi perniagaan dan menggunakan lebihan aliran tunai untuk menjana pendapatan baharu.

“Usahawan harus berinovasi, bijak mengurangkan kos dan perlu bertahan dengan memastikan tiada masalah aliran tunai untuk memastikan syarikat terus beroperasi dan pekerja dibayar gaji.

“Yang menjadi masalah kiniadalah apabila syarikat mempunyai aliran tunai tetapi tidak mempunyai perancangan dan pastinya tanpa perancangan yang kukuh, syarikat akan lumpuh,” katanya.

Heng Hao menjelaskan, syarikatnya menggunakan kelebihan cuaca panas di Malaysia untuk menjana tenaga solar yang kemudian dijual dalam bentuk tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Bhd. (TNB) melalui Program Net Energy Metering (NEM) di bawah Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang dikawal selia Suruhanjaya Tenaga.

Tambah beliau, hasil daripada cabang baharu perniagaan itu te­lah membantu syarikatnya membayar gaji pekerja dan pada masa yang sama dapat mengukuh­kan aliran tunai syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI