fbpx

“Tulis tajuk bawa pincang keluarga saya” – Syamsul Yusof ingin saman akaun YouTube tabur fitnah rumah tangganya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehadiran Puteri Sarah ke pejabat agama mencetuskan teka-teki mengenai status rumah tangga pasangan tersebut.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akaun YouTube yang menabur fitnah mengenai status rumah tangganya dengan isteri, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd. Yusof, 36, menerusi satu perkongsian video dalam Instagramnya bertegas mahu menyaman pemilik akaun YouTube tersebut kerana mengeluarkan kandungan sesuka hati menggunakan namanya untuk menaikkan jumlah tontonan.

“Berani tulis macam ini hanya untuk dapatkan views di YouTube. Saya sudah periksa, akaun ini dari Malaysia dan kita akan dapatkan dia punya ID (kad pengenalan).

“Sangat melampau. I tahu kalian ingin dapatkan views tapi tolong hormat orang, saya ada keluarga dan anak-anak,” getus pengarah filem Munafik itu.

Ujar Syamsul lagi, dia berang kerana individu di sebalik akaun YouTube itu menulis tajuk yang boleh memburukkan lagi keadaan rumah tangganya yang kini menjadi tanda tanya ramai.

“Tulis tajuk yang boleh membawa kepada fitnah dan kepincangan keluarga saya lagi. Saya tidak akan teragak-agak untuk saman. I’ll see you in court! (jumpa anda di mahkamah!)

“Macam saya cakap, hormat orang. Saya hormat anda, anda hormat saya. Jangan layan kami, artis Malaysia macam tahi. Confirm saya saman! 500 ribu, 1 juta. I don’t care (saya tak peduli),” kata Syamsul.

Terdahulu, akaun YouTube berkenaan, Cabik Geronong memuat naik sebuah video pada 27 September 2020 dengan tajuk ‘Tak Sangka! Rupanya Syamsul Yusof curang dengan Puteri Sarah’

Status rumah tangga Syamsul dengan isteri yang juga seorang pelakon, Puteri Sarah, kini menjadi tanda tanya selepas timbul dakwaan wanita itu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, sekitar minggu lalu.

Puteri Sarah, 35, dikatakan hadir dengan ditemani seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya.

Difahamkan, kelibat Puteri Sarah yang berjubah dan bertudung hitam pada ketika itu menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di situ apabila dia masuk ke bahagian undang-undang keluarga.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan kehadiran pelakon yang cukup dikenali dengan drama Dunia Anita ke pejabat agama tersebut sehingga kini.

Spekulasi rumah tangga mereka bergolak apabila ibu kepada dua cahaya mata itu juga sudah tidak mengikuti akaun Instagram suaminya.

Dalam pada itu, Syamsul kali terakhir memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu sementelah gambar bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Pasangan tersebut berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI