fbpx

Teman ‘pocong’ jika tiada pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK polis mengenakan hukuman duduk di dalam ambulans bersama keranda berisi patung pocong terhadap orang awam yang melanggar protokol Covid-19. – SUARA.COM

JAKARTA – Orang ramai yang degil enggan memakai pelitup muka di tempat awam akan dihukum duduk di dalam ambulans bersama keranda berisi patung hantu pocong di bandar Cilegon, Wilayah Banten kelmarin.

Ketua Polis Cilegon, Asisten Komisioner Tri Sutrisno berkata, langkah tersebut bagi mendi­sip­linkan penduduk setempat supaya mematuhi langkah pen­cegahan Covid-19 terutama me­­libatkan pemakaian pelitup muka.

“Sebelum ini, orang awam yang ingkar arahan hanya akan ditegur, didenda serta diberikan pelitup muka.

“Tetapi kali ini, mereka akan diarah duduk di dalam ambulans bersama sebuah keranda berisi patung pocong supaya pesalah dapat merenung betapa bahaya kesan Covid-19,” katanya.

Selain itu, Tri berkata, pihak­nya kerap melakukan serbuan dan pemantauan di bandar itu, namun masih ramai penduduk keras kepala.

“Polis di sini sentiasa melakukan serbuan dan pemantauan berkaitan pematuhan langkah pencegahan wabak Covid-19 se­perti yang termaktub dalam pe­raturan wilayah.

“Bagaimanapun, ada kalangan masyarakat masih tidak patuh dengan protokol kesihatan yang ditetapkan pemerintah,” ujarnya.

Hukuman tersebut, ujarnya diharap dapat menyedarkan masyarakat mengenai kepen­tingan pematuhan arahan pelaksanaan langkah pencegahan penularan Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI