fbpx

Tanah runtuh ragut 11 nyawa di Tarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja penyelamat mengeluarkan seorang kanak-kanak selepas tanah runtuh berlaku di empat lokasi berlainan di bandar Tarakan kelmarin. - AFP

TARAKAN, Indonesia – Dua bayi kembar berumur 10 bulan antara 11 orang yang terkorban dalam bencana tanah runtuh di sebuah bandar di Indonesia kelmarin, kata seorang pegawai mencari dan menyelamat.

Sejumlah kediaman tertimbus di empat lokasi berbeza di sekitar Tarakan, wilayah Kalimantan Utara di Pulau Borneo, beberapa jam selepas hujan lebat dan angin kencang melanda.

Lima kanak-kanak merupakan antara mangsa yang maut, manakala empat orang berjaya diselamatkan.

“Hujan lebat dan angin kencang mengakibatkan tanah runtuh di beberapa lokasi secara hampir serentak, manakala sebilangan penduduk tidak sempat menyelamatkan nyawa.

“Antara mangsa yang dikeluarkan termasuk mayat seorang bapa dan bayi kembar lelakinya yang berumur 10 bulan,” kata ketua operasi mencari dan menyelamat tempatan, Amirudin.

Sekurang-kurangnya 19 kediaman di Tarakan rosak dalam kejadian itu.

Bencana tanah runtuh dan banjir kilap kerap berlaku di kepulauan Indonesia.

Berpuluh-puluh orang meninggal dunia pada Julai lalu selepas banjir kilat dan tanah runtuh berlaku di beberapa kawasan di wilayah Sulawesi Selatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI