fbpx

Polis rampas dua laras senapang angin buatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senapang angin yang dirampas daripada dua suspek kelmarin.

SEBERANG PERAI – Polis menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di Kepala Batas di sini dan Sungai Petani, Kedah kelmarin selepas mereka masing-masing didapati memiliki senapang angin buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menahan suspek pertama berusia 43 tahun di sebuah rumah di Penaga, Kepala Batas kira-kira pukul 12.05 tengah malam.

“Polis merampas selaras senapang angin buatan sendiri, sebuah bekas mengandungi peluru bearing dan sebuah compressor freezer daripada suspek,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat lanjut membawa kepada penangkapan rakannya iaitu suspek kedua berusia 40 tahun kira-kira pukul 3.20 petang di Sungai Petani.

“Hasilnya, polis merampas selaras lagi senapang angin buatan sendiri bersama sebuah bekas mengandungi peluru ball bearing di dalam sebuah rumah.

“Salah seorang suspek turut didapati memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan siasatan lanjut mengenai kes ini sedang dilakukan,” Katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI