fbpx

Lori 10 tan rempuh rumah pusaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori yang merempuh sebuah rumah pusaka di Kampung Batu 7, Jalan Muar, Jementah, Segamat hari ini.

Oleh FARAHWAHIDA AHMAD

SEGAMAT – Sebuah lori 10 tan tanpa muatan terbabas lalu merempuh rumah pusaka milik seorang penduduk di Kampung Batu 7, Jalan Muar, Jementah di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.40 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan memandang rumah pusaka berusia 30 tahun milik Zahid Ismail kosong tiada penghuni.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Hazim Abd. Razak berkata, pihaknya menerima panggilan sebuah lori merempuh kediaman kira-kira pukul 12.30 tengahari.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita dapati pemandu lori tersepit pada bahagian pemandu sebelum berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit.

“Mangsa berusia 65 tahun mengalami kecederaan kaki kanan dan tangan kiri akibat tersepit sebelum dikejarkan ke Hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, pemilik rumah, Zahid, 50, berkata, ketika kejadian, dia serta keluarga tiada di rumah dan dalam perjalanan menghantar anaknya kembali bekerja ke Bandar Senai.

“Setibanya di Yong Peng, saya menerima panggilan telefon dari jiran memaklumkan kejadian tersebut dan berpatah balik ke Segamat,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Menurut seorang saksi yang juga jirannya, Latifah Mohamad, 62, semasa melayan pelanggan di warungnya, dia terdengar bunyi dentuman kuat dan menyangkakan tong gas memasak meletup.

“Sebaik terdengar bunyi yang kuat itu, saya melihat asap hitam berkepul-kepul. Saya sangkakan bunyi itu adalah letupan dari tong gas memasak kerana bunyinya yang amat kuat.

“Saya terus berlari keluar dan tengok dinding hadapan rumah sudah roboh dilanggar lori dan beberapa pokok tumbang menghempap rumah,” katanya.

Latifah menjerit memanggil jiran dan anak-anak jirannya itu kerana bimbang mereka terperangkap di dalam kediaman dan tercedera namun tiada tindak balas sebelum memanggil jiran yang lain.

Mereka kemudiannya menghubungi talian kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI