fbpx

Liu Ying bimbang aksi kian ‘berkarat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIU YING mengakui bimbang dengan penurunan prestasi kerana sudah lama tidak beraksi pada kejohanan kompetitif.

TEMPOH yang terlalu lama tanpa sebarang kejohanan kompetitif akibat pandemik Covid-19 nyata mengundang resah buat pemain beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu ­mengakui bimbang jika prestasinya menurun kerana tiada kejohanan kompetitif.

Bagaimanapun, dia me­ngakui faham dengan keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), selain menegaskan, kesihatan pemain lebih penting.

“Secara jujur, memang saya akui bimbang dengan penurunan prestasi kerana sudah lama tidak beraksi pada kejohanan kompetitif. Justeru, saya akan bekerja keras setiap kali turun menjalani latihan.

“Semua pemain juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana kompetitif jika kejohanan kembali dilangsungkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemain berusia 31 tahun itu percaya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu me­nganjurkan kejohanan dalaman bagi memastikan pemain mengekalkan kecergasan.

Sekiranya mengikut pe­rancangan asal, Liu Ying akan menyertai tiga kejohanan termasuk dua aksi Terbuka Asia serta Jelajah Dunia Akhir di Thailand pada Januari depan.

“Sekiranya BAM anjurkan kejohanan dalaman, ia boleh memastikan pemain berada dalam keadaan cergas.

“Berhubung kejohanan di Thailand Januari depan, memang saya dan (Chan) Peng Soon akan sertai jika mengikut perancangan asal. Kami perlu tunggu dan lihat situasi semasa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI