fbpx

Kurang sabar punca City lunyai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain City kelihatan sugul selepas menyedari mereka gagal beraksi baik sehingga diaibkan Leicester dengan kekalahan memalukan 2-5 pada aksi EPL di Stadium Etihad malam kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Aksi gopoh yang ditampilkan Manchester City akhirnya memakan diri apabila mereka dibelasah teruk 2-5 oleh Leicester City pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad malam kelmarin.

Meskipun mendahului seawal minit keempat menerusi Riyad Mahrez, namun skuad kendalian Pep Guardiola itu gagal menyekat kebangkitan Leicester yang berjaya menjaringkan satu gol dalam separuh masa pertama sebelum menambah empat lagi jaringan pada separuh masa kedua.

Guardiola, 49, mengakui, anak-anak buahnya bermain dalam keadaan bimbang dan berhati-hati, lebih-lebih lagi apabila mereka gagal mencipta banyak peluang menjaringkan gol.

“Leicester tidak mahu bermain tetapi mereka hanya menampilkan aksi bertahan dan menunggu masa untuk mela­kukan serangan balas. Kami berdepan ujian yang cukup sukar terutama selepas mereka mendapat tiga sepakan penalti.

“Anak-anak buah saya juga gagal menampilkan aksi sebenar. Kegagalan mereka mencipta peluang menjaringkan gol menyebabkan semua pemain terpaksa mengharungi perlawanan dalam keadaan gementar,” kata Guardiola.

Bekas jurulatih Barcelona itu mengakui, sukar untuk menerima­ keputusan tersebut, namun menegaskan beliau tidak akan berputus asa bagi mencari jalan penyelesaian.

“Satu keputusan yang sa­ngat sukar tetapi saya tidak akan mengaku kalah. Masalah utama adalah kami terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri sehingga­ gagal bermain dengan tenang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI