fbpx

Jumpa bom perang dunia kedua depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebutir bom ketika perang dunia kedua ditemui di hadapan sebuah rumah di Permatang Berangan, Tasek Gelugor semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang suri rumah terkejut selepas menemui objek menyerupai bom lama yang tertanam di hadapan rumahnya di Permatang Berangan, Tasek Gelugor di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, wanita itu telah ternampak satu objek besi yang terdedah di dalam tanah selepas hujan kira-kira pukul 5 petang sebelum mengoreknya.

“Dia mendapati ia menyerupai bom lama sebelum memaklumkan kepada anak lelakinya yang membuat laporan polis.

“Hasil penelitian polis mendapati objek berbentuk bulat dan tirus pada hujung itu mempunyai persamaan seperti bom mortar lama berukuran kira-kira 14 sentimeter (sm) panjang dan lebar kira-kira 7 sm,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, Unit Pemusnah Bom yang tiba kira-kira pukul 8.15 malam di lokasi itu mengesahkan bahawa ianya jenis bom shell 20mm yang digunakan pada perang dunia kedua.

Menurutnya, bom itu dijangka dimusnahkan di lokasi selamat pada hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI