fbpx

JPJ Perak kutip RM733,900 lelong kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukan antara kereta-kereta yang di lelong JPJ Perak hari ni. Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan kutipan sebanyak RM733,900 hasil jualan 69 kenderaan pelbagai jenis yang dilelong di Pejabat JPJ negeri di sini hari ini.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, bidaan tertinggi melibatkan kereta Honda Odyssey dengan nilai lelongan RM35,000 dan motosikal jenis Yamaha TZM berjumlah RM3,700.

Katanya, Proton Iswara yang merupakan kenderaan tidak boleh didaftarkan (scrap) pula merekodkan nilai bidaan terendah iaitu RM100.

“Bagi siri lelongan kali ini, sebanyak 71 buah kenderaan dilelong melibatkan 51 buah kereta, 15 buah motosikal dan masing-masing dua buah van dan lori serta sebuah bas.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 27 buah kenderaan merupakan kenderaan klon dan seramai 65 pembida mengambil bahagian dalam lelongan yang bermula pukul 9 pagi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, pembida yang berjaya membida kenderaan perlu menyelesaikan urusan pertukaran hak milik dalam tempoh tujuh hari dari tarikh lelongan selaras dengan Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI