fbpx

Isteri rancang bunuh suami demi harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAGMUR dan Emre berkahwin sejak 2012 dan dikurniakan tiga orang anak. – INSTAGRAM

ISTANBUL – Seorang wanita dihadapkan ke sebuah mahkamah di Turki kerana mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya sendiri selepas lelaki tersebut memfailkan untuk bercerai, lapor laman berita Daily Star.

Wanita tersebut, Yagmur Asik didakwa menawarkan bayaran lumayan berjumlah £1 juta (RM5.32 juta) kepada pembunuh upahan tersebut untuk membunuh suaminya, Emre Asik.

Dia berbuat demikian selepas teman lelakinya, Erdi Sungur, enggan melakukan perbuatan jahat itu.

Emre mengahwini Yagmur pada 2012 dan mereka dikurniakan tiga anak.

Menurut Sungur, Yagmur turut membekalkan senjata kepada pembunuh upahan tersebut supaya membunuh Emre yang merupakan bekas pemain bola sepak Turki.

“Saya menjalin hubungan sulit dengan Yagmur dan dia ber­niat membolot harta Emre selepas kematiannya.

“Dia meminta saya membunuh suaminya, tetapi saya menolak permintaan tersebut,” katanya kepada pihak pendakwa raya.

Selain itu, Sungur dikatakan menghubungi sendiri pembunuh upahan tersebut selepas dimarahi Yagmur kerana tidak mampu membunuh Emre.

“Pada suatu hari, Yagmur membeli sepotong daging dan meminta saya menembak daging tersebut.

“Saya menembaknya tapi dalam keadaan ragu-ragu dan tidak yakin sehingga membuatkan Yagmur menjerit kepada saya dan berkata, awak tidak dapat lakukannya,” ujarnya.

Sungur mendedahkan, wanita tersebut turut membantu mencari jalan untuk melupuskan mayat suaminya.

Bagaimanapun, belum sempat pembunuh upahan tersebut melakukan misinya, dia berubah fikiran dan memberitahu ran­cangan Yagmur kepada Emre.

`Yagmur dan Sungur kini ditahan reman sementara menunggu perbicaraan atas tuduhan cubaan membunuh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI