fbpx

Hafizh perlu tunjukkan keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH diingatkan supaya lebih serius untuk meraih keputusan positif pada baki enam perlumbaan dalam saingan MotoGP pada musim ini.

PRINSIPAL Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali memberi pe­ringatan tegas kepada pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah agar lebih serius untuk meraih keputusan positif dalam baki enam perlumbaan Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Razlan menegaskan, hanya usaha yang lebih serius mampu membuka peluang buat Hafizh memperoleh sesuatu pada baki perlumbaan musim ini sekiranya dia berhasrat untuk kekal dalam saingan MotoGP musim depan.

Ini kerana katanya, pengaruh peminat ramai mahupun kebanggaan negara sekalipun tidak menjamin tempat Hafizh dalam saingan MotoGP sekiranya dia gagal menjelmakan keputusan terbaik musim ini.

Ketika ini ramai pelumba Moto2 sudah mendapat tempat bersama pasukan MotoGP dan beralih kepada pasukan yang lebih baik, namun Hafizh masih belum mendapat tawaran daripada mana-mana pasukan.

“Bagi saya, dia (Hafizh) perlu buat yang terbaik pada setiap perlumbaan kerana setakat ini ramai pelumba sudah menandatangi kontrak baharu atau menyertai kelas lebih tinggi pada musim depan, jadi sukar untuk Hafizh.

“Hafizh perlu bekerja keras kerana pada akhirnya pasukan-pasukan di luar sana akan lihat keputusan yang dia peroleh pada saingan Moto2.

“Mereka (penaja) tidak lihat berapa jumlah peminat yang dia ada.Hero Malaysia ke, rakyat Malaysia ke, tidak kisah bangsa apa sekalipun dan perkara utama, mereka nilai adalah keputusan.

“Hafizh perlu buat terbaik sepanjang baki perlumbaan ini kerana prestasi adalah penting. Jika kerajaan mahu memberi sokongan pun susah jika prestasi seperti itu. Hafizh perlu buat yang terbaik bermula hari ini,” kata Razlan pada sesi sidang vi­deo bersama pemberita kelmarin.

Ketika ditanya peluang Hafizh bersama pasukan SRT, Razlan mengakui, Hafizh perlu tunjukkan keputusan terlebih dahulu.

“Prestasi dan keputusan adalah perkara utama. Kita juga perlu mendapat kelulusan daripada penaja kerana pada akhirnya pihak penaja juga akan lihat dari segi keputusan dan prestasi.

“Jika mahu tunggu keputusan hingga hujung tahun sudah terlambat. Pasukan hanya mahu pelumba yang menunjukkan prestasi cemerlang,” tambah Razlan.

Sebelum ini, Razlan menuntut supaya Hafizh melengkapkan kriteria ditetapkan iaitu menamatkan saingan Moto2 2020 dalam kelompok lima terbaik keseluruhan terlebih dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI