fbpx

Detik terbaik Quartararo julang gelaran dunia MotoGP 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO menjulang trofi kejuaraan selepas memenangi perlumbaan GP Barcelona di Litar Catalunya kelmarin.

PELUMBA Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo yang meraih tiga kemenangan musim ini dilihat berpotensi untuk menjulang gelaran dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas kembali memimpin carta kedudukan pelumba.

Pelumba Perancis itu sebelum ini melakukan kejutan pada aksi pembukaan MotoGP selepas meraih dua kemenangan berturut-turut sekali gus memimpin sai­ngan.

Bagaimanapun, lima perlumbaan lalu, Quartararo bergelut dengan prestasi apabila gagal menaiki podium bersama jentera Yamaha M1 sebelum kembali menjulang kemenangan tempat pertama kelmarin.

Ketika ini, pelumba berusia 21 tahun itu berkelebihan lapan mata meninggalkan Joan Mir dari Suzuki Ecstar tempat kedua de­ngan mengumpul 108 mata.

Maverick Vinales yang menamatkan saingan di kedudukan kesembilan berada di tempat ketiga dengan 90 mata.

“Ini adalah detik terbaik yang saya tunggu sejak sekian lama. Kami mengalami masalah selepas perlumbaan di Jerez dan saya sedikit lega selepas kembali menaiki podium dengan menjulang kemenangan.

“Saya tidak sangka mampu pecut lebih laju pada awal perlumbaan untuk memimpin saingan dengan baik. Tetapi dua pelumba Suzuki iaitu Mir dan Alex Rins sangat laju pada akhir perlumbaan.

“Pada pusingan akhir, saya agak perlahan tiga saat tetapi bukan disebabkan gagal mengawal jentera. Kelajuan saya pada tahap maksimum dan malangnya ia sukar difahami kerana dua pesaing lagi lebih pantas daripada saya.

“Saya gembira kerana meraih kemenangan di sini dan kembali memimpin carta kedudukan pelumba.

“Saya teruja kerana dapat membawa momentum cemerlang ini menjelang perlumbaan di laman sendiri iaitu GP Perancis minggu depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI