fbpx

UiTM tangguh kemasukan pelajar baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menangguhkan kemasukan pelajar baharu dan semasa dari Sabah sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd. Azraai Kassim berkata, arahan tersebut akan dikeluarkan pihaknya hari ini dalam mengekang penularan pandemik Covid-19.

Katanya, arahan tersebut juga tertakluk kepada mana-mana pelajar dari Semenanjung ke kampus UiTM di Sepanggar, Sabah serta mereka daripada kawasan di negeri-negeri lain yang diisytiharkan zon merah.

“Para pelajar yang terlibat akan mengikuti mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) dalam talian sehingga keadaan penularan Covid-19 bertambah baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad dalam kenyataannya semalam menyarankan institusi pengajian tinggi untuk menangguhkan dahulu urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka di kampus masing-masing yang dijadualkan bulan depan.

Selain UiTM, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) turut telah mengeluarkan kenyataan penangguhan tersebut terutama pelajar dari Sabah.

Mengulas mengenai majlis konvokesyen UiTM, Mohd. Azraai berkata, pelaksanaannya akan dilakukan mengikut norma baharu yang akan dilaksanakan pada November nanti.

“Kita akan mengeluarkan kenyataan berkaitaannya dalam masa terdekat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI