fbpx

Tunggakan gaji Helang Merah bakal dilangsaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANUSI memaklumkan Kedah sudah melengkapkan proses penswastaan pasukan tersebut yang dikenali sebagai Darul Aman FC.

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) berjanji akan melangsaikan tunggakan tiga bulan gaji pemain dan barisan kejurulatihan skuad Helang Merah sebelum 30 September ini.

Presidennya, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, langkah itu selaras dengan ketetapan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi melengkapkan proses pelesenan kelab.

“Tunggakan gaji semasa pemain bagi Julai, Ogos dan September tahun ini telah kita lunaskan.

“Bagi gaji April, Mei dan Jun yang tertunggak akan kita selesaikan sebelum 30 September ini,” katanya pada sidang akhbar selepas taklimat pelaksanaan pengawasan ketat terhadap penduduk Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak di Alor Setar semalam.

Selain itu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, KFA juga akan melengkapkan proses pelesenan kelab sebelum 30 September.

“Cumanya dalam usaha melengkapkan urusan itu, ada beberapa perkara yang memerlukan persetujuan pemain dan rundingan sedang dijalankan.

“KFA juga telah mengutus surat kepada FAM berhubung perkara itu semalam (kelmarin),” katanya.

Dalam pada itu, jurulatih pasukan, Aidil Sharin Sahak pula menyifatkan pembayaran tunggakan gaji pemain sebagai sesuatu yang positif buat anak-anak buahnya.

“Sudah tentu perkara itu menambah moral pemain menjelang penghujung saingan liga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI