fbpx

Tapir betina mati dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor tapir betina seberat kira-kira 350 kilogram ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan di Jalan Kahang Barat Kluang Johor awal pagi tadi.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Seekor tapir betina seberat kira-kira 350 kilogram ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan di Jalan Kahang Barat di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Johor,  Salman Saaban berkata, kematian tapir itu adalah ketujuh di negeri ini sejak Januari lalu hingga kini.

Beliau berkata, Pejabat Perhilitan Daerah Kluang telah menerima aduan bersabit dengan perkara di atas daripada orang awam kira-kira pukul 8 pagi.

“Hasil siasatan pada bangkai tapir betina mendapati ada kecederaan pada bahagian kepala kesan kemalangan yang telah dialami.

“Namun tiada sebarang kenderaan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tapir itu dipercayai tersesat dan terkeluar dari habitatnya di Hutan Simpan Kahang Barat di sini.

“Jalan yang lurus dan gelap pada waktu malam atau awal pagi di kawasan berkenaan dipercayai menjadi faktor berlakunya kemalangan ini.

“Tapir tersebut dilupuskan dengan cara ditanam di lokasi berhampiran,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI