Oleh IVAN AMIRUL
KOTA KINABALU -Ketua UMNO Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menerima keputusan pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah baharu dengan berlapang dada.
Beliau berkata, UMNO Sabah sudah menghantar cadangan untuk jawatan Ketua Menteri kepada Yang di-Dipertua Negeri Sabah semalam.
Namun katanya, memandangkan Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 14 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) menang 23 kerusi, kita terpaksa menghormati demokrasi parti yang menang banyak kerusi berhak memilih Ketua Menteri.
“Selaku Ketua UMNO Sabah jujurnya sedikit tidak berapa gembira dengan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.
“Bagaimanapun, saya reda dan menerima ketentuan Allah dengan hanya berjaya meraih sebanyak 14 kerusi sahaja,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.-K! ONLINE