fbpx

Misi hiburan ilmiah Diana Amir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA AMIR

Sekitar hujung tahun 2000, kelibat Diana Amir sangat popular dalam kalangan penerbit filem dan drama. Dia sering menjadi taruhan karyawan sebagai salah seorang pelakon sebagai penyeri naskhah.

Mana tidaknya, dua drama lakonannya, Sari Maya 2 dan Adam Maya antara yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton tempatan saat disiarkan menerusi televisyen.

Bertapak dari situ, kerjaya Diana Amir semakin mendapat perhatian daripada beberapa pengarah.

Dia pernah disunting membintangi beberapa buah filem seperti Senario The Movie Ops Pocot, 7 Petala Cinta dan 3 Temujanji.

MENERUSI syarikat produksi miliknya, Diana Amir kini giat menerbitkan program ilmiah untuk tatapan khalayak.
– ZULFADHLI ZAKI

Namun, semakin menginjak usia, pemilik nama Nurdiyana Amir Hashim dilihat semakin menjauhkan diri daripada dunia hiburan dan semakin mendekatkan diri dengan agama.

Setelah beberapa tahun menghilangkan diri, akhirnya Diana kini kembali semula ke dalam dunia hiburan, namun lebih menumpukan terhadap penerbitan program televisyen.

Kata Diana, sebelum ini dia menjauhkan diri daripada dunia hiburan kerana mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga dan membesarkan tiga orang permata hatinya.

“Saya memang fokus membesarkan anak-anak saya, Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra dan Muhammad Khalid Al Habib dan cuba membesarkan mereka sebaik mungkin, insya-Allah.

“Setakat ini, saya tidak mendapat sebarang tawaran berlakon daripada mana-mana pengarah,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani MoU di antara Nurflix.TV dengan UiTM, IMS dengan kerjasama AWS, baru-baru ini.

Diana juga tidak berasa kecil hati apabila industri tidak lagi memerlukan dirinya. Apa yang lebih berharga ialah masa bersama anak-anak.

Tambahan pula kata Diana, kemunculan ramai pendatang baharu dalam bidang lakonan ketika ini memberi lebih banyak pilihan kepada golongan karyawan.

Bercerita sedikit tentang perkembangan terbaharunya, pelakon berusia 34 tahun itu berkata, dia kini bekerjasama dengan Nurflix.TV yang menawarkan peluang kepadanya menerbitkan program hiburan berteraskan Islamiah.

Menyifatkan tawaran dan kepercayaan tersebut sebagai satu rezeki, Diana juga bersetuju menyahut cabaran demi menjadi seorang muslimah yang lebih baik pada masa depan.

Ilmiah

“Ada segelintir ibu bapa yang begitu selektif dengan kandungan rancangan televisyen untuk ditonton anak-anak. Mereka mahukan anak mereka menonton rancangan yang berbentuk ilmiah serta bermanfaat.

“Bertitik tolak daripada situ, saya mahu menerbitkan program yang memberikan manfaat kepada penonton, selain menjadi cabang dakwah kepada masyarkat,” ujarnya.

Diana yang memiliki syarikat produksi sendiri, Bin Amir Production kini sedang menerbitkan beberapa buah program untuk Nurflix.Tv iaitu Pendekar Cilik dan The Khadijah’s.

Bagi memenuhi konsep penerbitan Pendekar Cilik, pihak produksi kini sedang membuat pemilihan pelakon kanak-kanak yang mahir dalam ilmu mempertahankan diri.

“Kita sedang membawa beberapa kanak-kanak ini memasuki kelas silat selepas itu, barulah kita akan mengadakan sesi uji bakat terhadap kanak-kanak itu,” katanya.

The Khadijah’s pula merupakan sebuah program yang memaparkan beberapa kehidupan beberapa selebriti popular tanah air yang sedang mendekati agama.

Diana berkata, antara artis yang menjayakan The Khadijah’s ialah Lisa Surihani, Amirah Othman, Hawa Rizwana, Ernie Zakri dan beberapa artis lain.

“The Khadijah’s mempunyai 12 episod dan saya harap lebih banyak episod dapat dihasilkan untuk manfaat bersama,” katanya dengan penuh teruja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI