fbpx

Lampard pertahan diri, salahkan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABRAHAM menjadi penyelamat Chelsea apabila meledak gol penyamaan ketika mereka terikat 3-3 pada aksi menentang West Brom awal pagi semalam. – AFP

WEST BROMWICH – Pengurus Chelsea, Frank Lampard enggan menyalahkan diri sendiri kerana kegagalan taktikalnya yang hampir mengakibatkan pasukannya diaibkan West Bromwich Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di The Hawthorns awal pagi semalam.

Sebaliknya, beliau menyalahkan dua pemain pertahanan, Thiago Silva dan Marcos Alonso sebagai punca utama bolos tiga gol dalam babak pertama kepada West Brom dan terpaksa berhempas pulas untuk bangkit mencatat keputusan seri 3-3.

“Kesalahan yang sangat jelas. Pertama, Alonso membuat kesilapan dengan memberi ruang kepada pihak lawan memulakan transisi menyerang dari bahagian tengah.

“Kemudiannya, Silva pula melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemain berpengalaman. Kesilapan sebegini menyusahkan rakan-rakan lain yang perlu bekerja keras menyelamatkan gawang sendiri daripada di­bolosi,” kata Lampard.

Chelsea melepaskan tiga gol dalam separuh masa pertama menerusi dua jaringan Callum Robinson dan Kyle Bartley sebelum bangkit menyamakan kedudukan melalui Mason Mount, Callum Hudson-Odoi serta­ Tammy Abraham di separuh masa kedua.

Antara kesilapan Lampard, 42, dalam aksi tersebut ialah meletakkan Silva pada posisi yang salah kerana bekas bintang Paris Saint-Germain itu lebih gemar bermain sebagai pemain pertahanan tengah di sebelah kanan, bukannya kiri.

Penyokong-penyokong tegar Chelsea juga ada yang sudah mula hilang sabar dengan taktikal Lampard yang dianggap membosankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI