fbpx

Guna imbasan kod QR isi Tabung Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri (depan) menurunkan tanda tangan sebagai gimik pada Majlis Pelancaran QR Code Tabung Palestin di Ipoh hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Aman Palestin memperkenalkan kaedah lebih mudah untuk orang ramai menderma bagi mengisi Tabung Palestin iaitu dengan mengimbas pada kod QR menerusi telefon pintar.

Buat permulaan, kaedah digital ini diperkenalkan di negeri Perak yang akan dituruti ke negeri-negeri lain kelak.

Pengerusi Aman Palestin Perak, Shaharuzzaman Bistamam berkata, kaedah mudah dan pantas ini dilihat sejajar dengan pembangunan era digital.

Menurut beliau, inisiatif itu juga memudahkan penderma menyalurkan sumbangan secara maya tanpa tunai pada bila-bila masa.

“Inisiatif ini untuk menyediakan sebuah platform bagi membantu penderma menyalurkan sumbangan ikhlas yang akan digunakan untuk membantu masyarakat di Palestin.

“Ia juga timbul berikutan pandemik Covid-19 apabila masyarakat berhadapan dengan kekangan pergerakan, jadi dipermudahkan dengan teknologi digital,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran QR Code Tabung Palestin di Dataran Silveritage Medan Gopeng di sini hari ini.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Timbalan Mufti negeri Perak, Datuk Zamri Hashim.

Program ini dijalankan dengan kerjsama Persatuan Usahawan Silveritage dan MajuPerak Holdings Berhad.

Buat permulaan, kod imbasan QR ini akan diletakkan di lot-lot niaga di sini sebelum diperluaskan ke di premis-premis lain di bandar ini.

Penderma hanya perlu mengikut panduan yang tertera pada skrin telefon pintar dan tiada had maksimum sumbangan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI