fbpx

Diskaun hampir 50 peratus di GGCC sempena Pinkoktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Azman (empat dari kanan), Ranjit (lima dari kanan) bersama beberapa wakil penaja di hadapan papan tanda GGCC.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Peminat sukan golf kini boleh menikmati potongan harga hampir 50 peratus sepanjang bulan oktober sempena kempen Pinkoktober di Kelab Golf Glenmarie (GGCC) di sini.

Presiden GGCC, Datuk Nik Azman Mohd. Zain berkata, langkah tersebut bagi menyokong kempen kesedaran kanser payudara yang dilaksanakan oleh Yayasan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).

Katanya, pihaknya mengenakan RM120 kepada pemain wanita manakala lelaki RM185 berbanding harga asal ditawarkan di lapangan tersebut sebanyak RM220.

“Bagaimanapun, syarat kepada pemain lelaki untuk menerima potongan tersebut adalah memakai baju atau seluar berwarna merah jambu.

“Setiap RM1 yang dibayar oleh pemain golf di sini akan disumbangkan kepada BCWA bagi membantu mereka menjalankan aktiviti berkaitan kempen kanser payu dara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Justeru, beliau berharap pemberian diskaun itu mengalakkan orang ramai khususnya peminat sukan golf bermain di lapangan tersebut sebagai sokongan kepada pesakit kanser payu dara.

Dalam pada itu, Presiden BCWA, Ranjit Kaur menegaskan kerjasama tersebut adalah seumpamannya dijalankan bersama kelab golf dalam mempromosikan kesedaran mengenai barah payu dara kepada orang ramai.

“Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara dan pengetahuan mengenai penyakit itu masih perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak bukan hanya untuk wanita tetapi juga lelaki,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI