fbpx

Buat pisau dari najis beku dapat hadiah Ig Nobel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najis manusia dibekukan hingga ke suhu di bawah 50 darjah celsius. - METIN EREN

KENT, OHIO – Seorang pengkaji di sebuah univeriti memperoleh anugerah Ig Nobel selepas melakukan kajian mengenai pisau yang diperbuat daripada najis beku di sini baru-baru ini.

Menurut Pembantu Profesor Antropologi Universiti Negeri Kent, Metin Eren, dia melakukan kajian tersebut kerana teruja dengan kisah kaum Inuit di Kanada yang menghasilkan pisau daripada najis sendiri.

“Kajian ini saya lakukan bersama beberapa pengkaji lain dengan membekukan najis manusia sehingga mencapai suhu di bawah 50 darjah celsius sebelum dibentuk hingga menjadi bucu tajam.

“Pisau yang diperbuat daripada najis berkenaan terbukti tidak boleh digunakan langsung dan tidak banyak asas secara empirikal untuk kisah hebat ini.

Najis tersebut diasah sehingga menjadi bucu tajam. – METIN EREN

Tambah Eren, walaupun kajian tersebut kelihatan menjijikkan, namun matlamat utamanya adalah untuk menunjukkan terdapat pelbagai bentuk jalan cerita kisah tersebut berdasarkan sains yang samar dan tidak dapat dibuktikan.

“Perkara utama dalam kajian ini adalah untuk menunjukkan bahawa pembuktian dan penyemakan fakta itu sangat penting,” katanya.

Selain itu, Eren yang juga merupakan Pengarah Bersama Makmal Arkeologi Eksperimental Universiti Negeri Kent berkata, dia teruja dengan penganugerahan tersebut tambahan pula pernah menghadiri majlis Ig Nobel pada tahun 2003.

“Secara jujurnya, saya berasa seperti mimpi menjadi kenyataan,” ujarnya.

Anugerah Ig Nobel merupakan sebuah majlis penganugerahkan berbentuk sindiran yang mengiktiraf pencapaian remeh dan di luar kebiasaan dalam kajian saintifik sejak tahun 1991.

Ia memberikan anugerah kepada kajian yang membuatkan orang ketawa pada awalnya dan kemudian berfikir semula mengenainya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI