fbpx

Bapa dera anak dijel 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
G. Viswanathan (kiri) dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana mendatangkan kecederaan fizikal terhadap anaknya pada tahun 2017. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana mendatangkan kecederaan kepada anak lelakinya pada tahun 2017.

Hakim, Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti dan berpuas hati dengan bukti disediakan pihak pendakwaan.

Tertuduh, G. Viswanathan, 39, yang merupakan seorang pekerja swasta di Singapura kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Viswanathan didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Perling, di sini antara Februari hingga Ogos 2017.

Tertuduh didakwa telah menganiaya anak kandungnya yang berusia 13 tahun ketika itu sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Dia dijatuhkan hukuman itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aqilah Ahmad Fuad manakala tertuduh diwakili peguam, Mathan Anandaram.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI