fbpx

Ayda Jebat penat diganggu mesej lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayda Jebat

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat me­ngakui rimas dan penat akibat kerap menerima kiriman mesej lucah menerusi media sosial.

Ayda, 28, dalam perkongsian di Insta Story, telah memuat naik beberapa tangkap layar mesej lucah yang dihantar seorang pemilik akaun Instagram yang menggunakan nama @ghostrider.

“Sudah banyak kali sekat orang sebegini tetapi masih ada lagi dan ramai lagi.

“Tolong, jangan sampai saya ambil tindakan. Saya letih,” katanya.

Dalam tangkap layar yang dikongsi pelantun lagu Better Than You itu, individu ber­kenaan menghantar mesej lucah pada sekeping gambar Ayda yang menampakkan lidahnya.

Tunang kepada pengacara Nabil Mahir itu berharap dia tidak lagi menerima gangguan lucah selepas membuat pendedahan kepada umum.

“Sungguh, saya sudah tidak larat. Sedih pun ada sehingga mengganggu mental,” ujarnya kepada Kosmo! Online semalam.

Selain Ayda, beberapa artis popular sebelum ini termasuk Lukman Faiz, Nourul Wahab, Wafariena Roslan turut berdepan gangguan seksual daripada pengguna media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI