fbpx

Pelantikan Hajiji bukti kesepakatan GRS – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pelantikan Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu sebagai bukti kesepakatan parti-parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurutnya, persepakatan itu juga membuktikan kerjasama erat GRS sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini mendapat sokongan rakyat.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan dan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bersetuju mencalonkan Hajiji sebagai Ketua Menteri yang baharu.

“Saya sangat menghargai semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh parti-parti dalam gabungan ini demi kepentingan dan masa depan rakyat Sabah,”katanya dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebooknya di sini hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN turut berdoa semoga Sabah terus kekal menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI