fbpx

Persiaran Shorea legakan penduduk Saujana Utama, Elmina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (tiga dari kiri) merasmikan pembukaan Persiaran Shorea yang akan beroperasi bermula 12 tengah malam ini. Foto Zulfadhli Zak

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM- Masalah kesesakan lalu lintas yang membelenggui 200,000 penduduk di sekitar Saujana Utama dan Elmina Green di sini berjaya diatasi menerusi pembukaan Persiaran Shorea di Pusat Bandar Elmina bermula jam 12 tengah malam ini.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir.Izham Hashim berkata, persiaran sepanjang 4.43 kilometer itu yang menelan belanja kos RM60juta itu juga dapat menjimatkan perjalanan selama 20 minit ke Elmina Central Park.

“Pengguna jalan raya dari Saujana Utama akan mendapat akses utama ke Lebuh Raya Koridor Guthrie selain ke Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (Dash) yang dijangka siap akhir tahun ini.

“Ini secara langsung dapat mengurangkan jangka masa perjalanan harian mereka yang terjejas sebelum ini,” katanya ketika merasmikan pembukaan Persiaran Shorea di Seksyen U15 hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican, Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman.

Izham memberitahu, pembukaan persiaran itu berdepan sedikit kelewatan susulan isu lembu dan kerbau berkeliaran yang dikhuatiri memberi risiko kepada pengguna lalu lintas.

“Justeru, tidak timbul kerajaan Selangor cuba melengahkan pembukaam laluan berkenaan sebelum ini kerana mengutamakan keselamatan pengguna lalu lintas.

“Kita sediakan kemudahan infrastruktur dan pada masa kita kena ambil pertimbangan terhadap penternak di sini,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI