fbpx

Terengganu FC kembali lakar kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI gembira anak-anak buahnya meraih kemenangan 4-0 ke atas PDRM pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu kelmarin.

PENGENDALI Terengganu FC, Mohd. Nafuzi Zain lega skuad kendaliannya kembali melakar kemenangan setelah tewas tiga aksi berturut-turut sebelum ini.

Beliau berkata, kemenangan 4-0 ke atas PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu kelmarin telah meningkatkan motivasi anak-anak buahnya.

“Motivasi pemain-pemain diakui sedikit merudum selepas kalah dalam tiga aksi sebelum ini.

“Barisan serangan kami juga dilihat agak tumpul dan memerlukan pemain berpengalaman. Oleh itu, saya memanggil Bruno Junichi Suzuki (penyerang Terengganu FC II) untuk bergandingan dengan Lee Tuck dan Muhammad Faris Ramli,” katanya selepas perlawanan kelmarin.

Pada aksi itu, skuad Penyu membelasah PDRM 4-0 menerusi dua jaringan Muhammad Faris serta dua lagi gol oleh kapten pasukan, Lee Tuck.

Mohd. Nafuzi berkata, kemenangan itu menguatkan keazaman anak-anak buahnya untuk mengharungi dua baki perlawanan menentang Felda United dan Pahang.

Beliau menegaskan, Terengganu FC yang dibarisi pemain muda sedang dalam proses pembinaan menjadi skuad lebih mantap dan meminta penyokong serta pengkritik agar lebih bersabar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI