PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan secara Pentadbiran (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau, Sabah dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 Oktober depan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan kadar kes baharu yang mencecah dua angka di kawasan berkenaan.
“Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau bermula 11 hingga 25 September lalu.
“Dalam tempoh tersebut, kadar kes baharu di kawasan berkenaan ialah sebanyak dua angka sehari dan 107 kes dilaporkan pada 23 September lalu.
“Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di kawasan ini selama 14 hari lagi bermula semalam hingga 9 Oktober depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE