fbpx

Penalti Fernandes julang United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (kanan) menyempurnakan sepakan penalti untuk memberikan kemenangan pertama buat United selepas tewas pada aksi pertama minggu lalu. – AFP

BRIGHTON – Manchester United kembali ke landasan kemenangan selepas mempamer kebangkitan dramatik menewaskan Brighton 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex malam tadi.

Bintang Portugal, Bruno Fernandes muncul wira The Red De­vils selepas meledak gol kemenangan pasukan menerusi sepakan penalti pada waktu kecederaan.

Ia juga menebus kesilapan Fernandes yang menjatuhkan bek kanan Brighton, Tariq Lamptey membolehkan Neal Maupay membuka tirai jaringan buat tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit ke-40.

United tidak menunggu lama untuk kembali mengikat kedudukan 1-1 selepas Harry Maguire mudah menolak masuk bola ke gawang Brighton tiga minit kemudian.

Walaupun Brighton dilihat menguasai perlawanan dengan melakukan banyak percubaan, namun tuan rumah gagal meme­cahkan benteng pertahanan diketuai Maguire sepanjang aksi babak kedua.

Sebaliknya, Marcus Rashford memastikan The Red Devils diambang kemenangan apabila meledak gol kedua selepas penyerang England itu bijak mengelirukan beberapa pemain Brighton sebelum merembat masuk gol kedua pada minit ke-55.

Bagaimanapun, United dikejutkan dengan gol penyamaan Brighton pada minit ke-95 menerusi tandukan Solly March yang langsung tidak dikawal pemain-pemain pertahanan pasukan itu.

Ketika perlawanan dilihat berakhir dengan keputusan seri, Uni­ted dianugerahkan sepakan penalti selepas bola tandukan Maguire terkena tangan Maupay dan Fernandes mudah menyempurnakan tugasnya untuk gol kemenangan United.

Kemenangan itu secara tidak langsung melonjakkan sema­ngat para pemain United untuk menghadapi perlawanan EPL seterusnya menentang finalis Liga Juara-Juara 2018/2019, Tottenham Hotspur di Old Trafford pada 4 Oktober ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI