fbpx

LKIM peruntuk hampir RM1.5 juta baik pulih empat jeti nelayan di Bukit Gantang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin Hafiz (kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Tabung Anak Bukit Gantang di Dewan Serbaguna Sungai Kerang, Trong, Taiping hari ini.

Oleh WAT KAMAL ABAS

TAIPING – Hampir RM1.5 juta diperuntukkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi membaikpulih empat jeti nelayan dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang dekat sini bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Pemgerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, peruntukan tersebut diberi untuk membaikpulih semula kemudahan asas bagi pembinaan jeti nelayan di Sungai Che Rahmat, Kampung Permatang Laut, Kampung Menteri dan Kampung Nibong.

“LKIM prihatin dengan kemudahan asas yang dihadapi nelayan di kawasan itu terutamanya jeti yang sudah uzur dan tidak lagi selamat digunakan.

“Kita akan mulakan kerja awal pada Oktober ini dan ia dijangka siap pada penghujung tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan program Bantuan Tabung anak-anak Bukit Gantang Inisiatif Parlimen Bukit Gantang di Dewan Serbaguna Sungai Kerang, Trong di sini hari ini.

Tambah Syed Abu Hussin, LKIM juga pada masa sekarang sedang dalam perbincangan peringkat akhir dengan Majlis Daerah Taiping (MPT) bagi membaikpulih dan membangunkan semula Laman Changkat Jering seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, dataran perniagaan itu akan melalui proses naik taraf untuk dijadikan tapak pengumpulan dan penjualan hasil pertanian dan marin.

“RM2 juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut dan kini kita tunggu keputusan MPT, bila-bila masa gerak kerja  boleh dimulakan jika syarat-syarat yang diberikan dipersetujui,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga menyasarkan untuk membuka sebanyak 500 akaun tabung anak-anak Bukit Gantang yang membabitkan sebanyak RM50,000 peruntukan secara keseluruhan.

Deposit awal sebanyak RM100 telah di sumbangkan ke setiap akaun sebagai galakan ibu bapa memulakan simpanan secara khusus untuk pendidikan anak mereka di masa depan.

“73 akaun telah dibuka bagi fasa pertama yang melibatkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong.

“Sekiranya akaun ini tetap aktif, RM100 setiap tahun akan di tambah pada akaun itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI