fbpx

Kwon Sang-woo dituduh berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KWON SANG-WOO

AKTOR popular Kwon Sang-woo dituduh terlibat dengan satu kes perjudian di sebuah kasino tertutup pada tahun 2005 oleh seorang bekas wartawan hiburan.

Wartawan bernama Kim Yong-ho itu merupakan pemilik akaun YouTube, Kim Yong-ho, Entertainment Team Leader dengan memiliki seramai hampir 400,000 pelanggan yang menjadi antara saluran paling dipercayai untuk berita berkaitan hiburan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam YouTubenya, lelaki itu mendakwa, Sang-woo merupakan artis popular yang terkait dengan kontroversi judi pada tahun tersebut.

Pelakon drama Stairway To Heaven itu dikatakan datang bersama pelawak Shin Jung-hwan tetapi berjaya melarikan diri. Sebaliknya hanya Jung-hwan yang ditangkap.

Selepas video itu tular, agensi Su Company tampil membela artis naungan mereka dengan berkata, semua pendedahan itu tidak benar sama sekali.

Agensi itu juga berkata, mereka akan mengambil tindakan keras yang sewajarnya terhadap bekas wartawan tersebut sambil menafikan bahawa Sang-woo tiada di tempat kejadian dan tidak pernah berjudi.

Sebelum ini, saluran YouTube itu juga pernah menjadi perhatian gara-gara memuat naik video berkenaan skandal kes buli kumpulan AOA dan khabar angin hubungan cinta antara pelakon Seo Ye-ji dengan Kim Soo-hyun.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI