fbpx

IPT dinasihat tangguh urusan daftar pelajar kawasan zon merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi menasihati institusi pengajian tinggi untuk menangguhkan urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka di kampus masing-masing yang dijadualkan bermula Oktober ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, ia ekoran peningkatan kes Covid-19 yang dicatatkan di beberapa daerah di negara ini.

“Proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit bolehlah dilakukan secara online.

“Para pelajar boleh pulang ke kampus masing-masing mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada setelah keadaan kembali pulih,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI