fbpx

Hamilton hampiri rekod kemenangan Schumacher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON bakal memulakan perlumbaan di petak pertama pada GP Rusia selepas melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan malam tadi. – AFP

SOCHI – Pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton semakin hampir me­nyamai rekod kemenangan le­genda Formula Satu (F1), Michael Schumacher apabila memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Rusia di Litar Sochi hari ini di petak hadapan.

Setakat ini, pelumba kelahiran Britain itu sudah memenangi 90 perlumbaan, hanya dibezakan satu kemenangan dengan juara dunia tujuh kali tersebut.

Meskipun berjaya menempah petak hadapan malam tadi menerusi catatan masa 1:31.304 saat (s), namun Hamilton mengakui ia salah satu sesi kelayakan paling sukar yang pernah diharunginya setakat ini.

“Sesi kelayakan pada hari ini (semalam) boleh dianggap salah satu sesi yang paling sukar, lebih-lebih lagi ia terpaksa dihentikan seketika kerana bendera merah dikibarkan.

“Apa yang penting, saya gembira untuk mulakan perlumbaan di petak hadapan esok (hari ini) dan saya yakin ia akan jadi satu perlumbaan yang sangat sukar,” kata Hamilton.

Perlumbaan hari ini bakal menyaksikan Hamilton yang juga juara dunia enam kali akan melakukan segala-galanya bagi memastikan dia memenangi perlumbaan ke-91 dalam kariernya.

Sementara itu, pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen akan memulakan perlumbaan di petak kedua, diikuti rakan sepa­sukan Hamilton, Valtteri Bottas di petak ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI