fbpx

GRS akan segera tunai janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar ketika Perdana Menteri memberi ucapan khas sempena PRN Sabah di kediamannya tadi.

KUALA LUMPUR – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan segera menunaikan segala janji yang dilafazkan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sejurus kerajaan negeri baharu dibentuk.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, segala janji yang dibuat itu bagi memastikan Sabah menjadi negeri cemerlang dan maju pada masa hadapan.

“Tahniah kepada semua calon terpilih bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan saya berharap agar mereka semua dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul.

“Ini masa untuk kita mulakan tugas sebagai wakil rakyat yang dipilih dengan segala integriti, amanah dan dedikasi seperti apa yang kita janjikan dalam aku janji,”katanya menerusi siaran langsung Facebook sempena PRN Sabah di kediamannya tadi.

Dalam ucapan itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada petugas sukarelawan yang bertugas sepanjang kempen untuk parti.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI