• 66.6 peratus daripada 1.12 juta keluar mengundi.
• GRS kuasai 9 daripada 13 kerusi DUN baharu iaitu BN 5, manakala PN (3) dan PBS 1 kerusi.
• Majoriti terbanyak :
Majoriti terkecil :
• Antara nama besar yang tewas :
° Bekas Ketua Menteri, Chong Kah Kiat (DUN Inanam).
° Presiden UPKO merangkap Mantan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (DUN Kiulu).
° Ketua Umum USNO merangkap Mantan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (DUN Pintasan).
° Presiden PCS merangkap Mantan Menteri Luar, Anifah Aman (DUN Bongawan).
• BN-MCA tewas semua empat kerusi yang ditandingi iaitu di Kapayan, Elopura, Karamunting dan Likas
• BN-PBRS yang bertanding Mattunggong, Tandek, Kadamaian, Tulid dan Sook juga gagal memenangi sebarang kerusi
• Parti-parti lain yang gagal memenangi sebarang kerusi termasuk PCS (tanding 73), USNO (tanding 47), LDP (tanding 46), PPRS (tanding 24) dan PAN (tanding 1).
• Tiga calon Bebas menang termasuk Masiung Banah pertahan kerusi DUN Kuamut.
• Terdapat lapan calon bebas yang tewas, namun tidak kehilangan wang deposit termasuk DUN Inanam, Kenny Chua Teck Ho (2,346 undi); Labuk, Abdul Rahman Kongkawang (1,441 undi), Gum-Gum, Yunus Nurdin (1,690 undi) dan Sukau, Saddi Abdul Rahman dengan 1,228 undi.
• 43 calon bebas pula tewas dan hilang wang deposit, termasuk penyanyi Jimmy Palikat yang hanya meraih dengan 60 undi di DUN Tambunan