fbpx

Dua jaringan Nuraini julang skuad Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Pahang ceria meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Tun Abdul Razak dengan menewaskan Selangor 2-1 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam. – HOKITA

PAHANG berjaya menamatkan penantian tiga tahun untuk menjulang trofi Piala Tun Abdul Razak kategori wanita apabila menewaskan juara bertahan, Selangor 2-1 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Tonggak pertahanan Pahang, Nuraini Abdul Rashid membuktikan statusnya sebagai pakar flik apabila meledak kedua-dua gol pasukan itu menerusi pukulan sudut penalti bermula minit ketiga dan 52 perlawanan.

Lebih manis, dua jaringan itu mengesahkan Nuraini sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan keseluruhan 10 gol, dua mengatasi penyerang Selangor, Fatin Naimah Zaki.

“Saya langsung tidak sasar status penjaring terbanyak kerana matlamat utama adalah membantu Pahang membawa pulang semula kejuaraan ini selepas kali terakhir kami menang pada 2016.

“Kemenangan ini juga berjaya menebus kekecewaan kami selepas tewas kepada Selangor de­ngan keputusan 2-5 sewaktu final edisi 2017,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Ketua jurulatih Pahang, Mohamad Sabri Mohamad menyifatkan kemenangan itu berpunca daripada kejayaan anak-anak buahnya beraksi mengikut perancangan terutama aspek pukulan sudut penalti oleh Nuraini.

Selangor selaku juara dua kali pada edisi 2017 dan 2019, terpaksa akur gagal mempertahankan kejuaraan apabila sekadar menja­ringkan satu gol menerusi penye­rang kebangsaan, Fatin Shafika Mahd. Sukri pada minit ke-20.

Tempat ketiga menjadi milik Kuala Lumpur selepas menewaskan Pulau Pinang 3-1 hasil dua gol Nur Syaza Afikah Safawi dan satu daripada Nur Zafirah Aziz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI