fbpx

Dias jadi sasaran baharu City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAS mempamerkan aksi terbaik bersama Benfica sejak tiga musim lalu menyebabkan kelibatnya diburu oleh City. – AFP

MANCHESTER – Manchester City dikatakan sedang me­ngadakan rundingan dengan Benfica untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah, Ruben Dias melibatkan pertukaran dengan Nicolas Otamendi.

Pemain pertahanan tengah itu menjadi keutamaan buat Pep Guardiola selepas City gagal mencari pengganti kepada bekas ketua pasukan mereka, Vincent Kompany yang mening­galkan kelab itu sejak 18 bulan lalu.

Bagaimanapun, pemain pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly tetap menjadi sasaran utama mereka tetapi rundingan melibat kedua-dua pasukan nampaknya menjadi semakin sukar.

Justeru, City enggan terus diheret dalam rundingan tanpa kesudahan tersebut menyebabkan mereka cuba mengalih perhatian untuk mendapatkan pemain antarabangsa Portugal itu yang dianggarkan bernilai £50 juta (RM265.83 juta).

Dias, 23, mula menjadi perhatian beberapa kelab gergasi Eropah selepas mempamerkan aksi yang cemerlang sepanjang tiga musim bersama Benfica selain turut beraksi untuk Portugal pada saingan Piala Dunia 2018.

Selain Dias, City juga menyenaraikan pemain pertahanan Sevilla, Jules Koude dan Jose Gimenez sebagai antara calon yang akan mengisi bahagian benteng mereka.

Perjanjian pertukaran pemain melibatkan Otamendi dan wang tunai mungkin menjadi impian City mudah untuk di­realisasikan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI