fbpx

Bakal julang kejuaraan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG JDT, Safawi Rasid (kiri) cuba melepasi pemain PJ City pada aksi Liga Super yang berkesudahan seri 2-2 di Stadium MBPJ kelmarin.

JUARA bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) langsung tidak gusar dengan keputusan seri 2-2 menentang Petaling Jaya (PJ) City FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam kelmarin.

Sebaliknya, ia membuka peluang JDT menjulang trofi Liga Super kali ketujuh berturut-turut di laman sendiri, Stadium Sultan Ibrahim jika menewaskan Sabah pada Jumaat ini.

Kemampuan JDT beraksi di laman sendiri tidak perlu dipertikaikan berdasarkan rekod cemerlang membelasah dua gergasi tanah air, Perak 7-0 dan Selangor 6-1 baru-baru ini.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora mendedahkan, mereka sudah bersedia melakukan apa sahaja bagi memastikan kemenangan ke atas Sabah sekali gus menutup peluang pasukan lain mencabar kejuaraan musim ini.

“Satu mata amat berharga buat JDT ke atas PJ City yang memberikan kesukaran kepada kami sepanjang perlawanan ini.

“Keyakinan kami tinggi apabila bermain di tempat sendiri dan akan cuba menang perlawanan seterusnya. Ia sesuatu yang cukup bermakna jika dapat menjulang trofi di Stadium Sultan Ibrahim,” katanya kelmarin.

JDT mendahului carta liga dengan 23 mata dan berbaki dua aksi lagi menentang Sabah, Jumaat ini dan Melaka United di Stadium Hang Jebat pada 10 Oktober depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI