fbpx

Polis serbu pondok simpan daun ketum dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASANUDDIN (kanan) bersama Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim (tengah) menunjukkan sebahagian daun ketum yang ditemui di kawasan hutan simpan di Bukit Kayu Hitam pada semalam.

JITRA – Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket penyeludupan daun ketum apabila menyerbu satu lokasi di Hutan Simpan Sungai Badak di Bukit Kayu Hitam dekat sini yang dipercayai menjadi lokasi pengumpulan daun tumbuhan tersebut sebelum diseludup ke Thailand.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan memberitahu, berdasarkan maklumat, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menyerbu kawasan berkenaan yang terletak kira-kira 500 meter dari sempadan Malaysia-Thailand pada pukul 11 pagi semalam.

“Kita menemui tiga buah pondok terbuka berbumbungkan kain kanvas dan plastik yang mana di dalamnya mengandungi longgokan daun hijau disyaki ketum.

“Kesemua daun ketum yang telah siap dibungkus dengan plastik lutsinar itu seberat 1,300 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM13,000,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kubang Pasu di sini hari ini.

Kata beliau, anggota melakukan pemantauan di lokasi tersebut selama enam jam, namun tidak ada sesiapa yang mengambil daun ketum berkenaan.

Menurut Hasanuddin, lokasi pondok itu terletak jauh di kawasan hutan simpan iaitu kira-kira 10 kilometer dari jalan utama dan ia hanya boleh dilalui oleh motosikal.

“Setakat ini, kita telah membawa turun sebanyak 15 guni berisi daun ketum manakala kira-kira 80 guni lagi dalam proses untuk dibawa turun,” ujarnya.

Katanya, harga pasaran tempatan bagi daun ketum adalah antara RM10 hingga RM15 sekilogram manakala di Thailand boleh mencecah sehingga RM50 hingga RM60 sekilogram.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI