fbpx

Lukisan Zaman Pembaharuan dijangka catat harga lebih RM333 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja meletakkan lukisan Young Man Holding a Roundel karya Botticelli di bilik pameran Sotheby’s di New York pada Rabu lepas. – AFP

NEW YORK – Sekeping lukisan karya pelukis unggul Zaman Pembaharuan, Sandro Botticelli dijangka mencatatkan harga belian lebih AS$80 juta (RM333.3 juta) apabila ia dilelong di New York, Januari depan, kata firma lelongan Sotheby’s kelmarin.

Lukisan bertajuk Young Man Holding a Roundel itu disifatkan Sotheby’s sebagai antara lukisan terbaik dari zaman berkenaan yang dimiliki orang persendirian.

Ia dijangka memecahkan rekod lelongan lukisan Botticelli sebelum ini iaitu AS$10.4 juta (RM43.3 juta) yang dicatatkan tujuh tahun lalu.

Subjek lukisan potret itu gagal dikenal pasti, tetapi ahli-ahli sejarah seni percaya dia mungkin sahabat karib keluarga Medici yang memerintah bandar Flo­rence di Itali semasa kehidupan Botticelli.

“Lukisan ini memaparkan tentang budaya Florence ketika Zaman Pembaharuan,” kata Naib Presiden Kanan Sotheby’s, Christopher Apostle.

Di sebalik usianya, lukisan itu disimpan dalam keadaan sempurna dan pernah dipamerkan di beberapa muzium.

Ia kali terkahir bertukar tangan pada tahun 1982 apabila seorang pengumpul persendirian membelinya pada harga sekitar AS$1.3 juta (RM5.4 juta). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI