fbpx

Lelaki miliki heroin ditahan dalam Ops Samseng Jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis heroin seberat 10.23 gram yang dianggarkan bernilai RM4,000 dirampas bersama seorang lelaki dalam Ops Samseng Jalanan di hadapan Balai Polis Kok Lanas semalam.

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki dadah jenis heroin bernilai RM4,000 sewaktu menunggang motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di hadapan Balai Polis Kok Lanas di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, hasil pemeriksaan terhadap lelaki berusia 29 tahun dari Kampung Limbat itu membawa kepada penemuan satu bungkusan surat khabar lama yang balut dengan menggunakan pita pelekat.

“Apabila kita membuka bungkusan itu dan mendapati dua botol plastik mengandungi serbuk putih yang dipercayai dadah jenis heroin seberat 10.23 gram.

“Suspek yang bekerja sendiri kemudian ditahan polis pada pukul 6 petang untuk siasatan lanjut,” katanya.

Abdul Rahim berkata, berdasarkan siasatan, dadah yang dirampas untuk kegunaan lelaki itu sendiri selain ia dijual secara kecil-kecilan di sekitar kawasan berkenaan.

Kata Abdul Rahim, selain itu, ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(A)(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI