Oleh ASLIZA MUSA
GOPENG – Seorang pemandu traktor berdepan detik cemas apabila kaki kirinya tersepit pada tayar kenderaan berat itu dalam kejadian di Ulu Geruntum di sini hari ini.
Difahamkan kejadian berlaku ketika lelaki berusia lingkungan 50-an itu cuba mengelak sebuah motosikal sebelum hilang kawalan dan terbabas jatuh ke dalam gaung setinggi sembilan meter.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dihantar ke lokasi kejadian pada pukul 5.55 petang.
Katanya, ketika pasukan bomba tiba di lokasi, mangsa dalam keadaan kaki tersepit di bawah tayar kenderaan berkenaan.
“Anggota mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa.
“Mangsa yang cedera dihantar menggunakan ambulans ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan,” katanya. -K! ONLINE