fbpx

Everton intai khidmat Romero

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROMero terpaksa meninggalkan United selepas posisinya mungkin diambil oleh Henderson. – AFP

LIVERPOOL – Everton menyenaraikan penjaga gol Manchester United, Sergio Romero sebagai pemain buruan terbaharu mereka untuk memberikan tekanan kepada Jordan Pickford.

Romero, 33, terdesak untuk meninggalkan Old Trafford selepas kepulangan Dean Henderson yang menghabiskan tempoh pinjaman di Sheffield United.

Perkembangan terbaharu menyaksikan Everton sudah menghubungi ejen Romero untuk membincangan mengenai potensi perpindahan berkena­an.

Kedudukan Pickford sebagai penjaga gol utama Everton tercabar selepas dia melakukan dua kesilapan mudah ketika aksi Piala Liga Inggeris menentang Fleetwood kelmarin biarpun pengurus Everton, Carlo Ancelotti tetap mempertahankannya.

Bagaimanapun, itu bukanlah kali pertama kesilapan yang dilakukan sebaliknya sudah beberapa kali dia membuat kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan dalam tempoh 12 bulan terakhir.

Sebelum ini, Romero menarik perhatian Aston Villa untuk mendapatkan khidmatnya tetapi pengurus pasukan itu memilih untuk menandatangani penjaga gol Arsenal, Emiliano Martinez.

Selain itu, Valencia dan AC Milan juga sedang memantau perkembangan Romero yang dianggarkan bernilai £6 juta (RM31.89 juta) yang mempunyai baki kontrak selama setahun di Old Trafford.

Kepulangan Henderson yang dianggap sebagai pengganti jangka panjang David De Gea menyebabkan peluang Romero untuk diturunkan semakin tipis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI