fbpx

Banjir wain merah di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Sebuah tangki besar simpanan bekalan wain merah di sebuah kilang di Sepanyol tiba-tiba pecah menyebabkan kira-kira 50,000 liter minuman keras itu mengalir keluar dan membanjiri kawasan berhampiran.

Insiden itu dipercayai berlaku di kilang pemprosesan wain Bodegas Vitivinos di perbandaran Villamalea, wilayah Albacete di Sepanyol, lapor Daily Mail.

Satu rakaman video yang tular di internet menunjukkan aliran keluar wain merah dari salah satu tangki simpanan minuman keras itu di kilang berkenaan.

Pekerja-pekerja di kilang berkenaan cuma mampu melihat tumpahan wain atas jalan sebelum mengalir ke sebuah ladang berhampiran.

Klip video yang dikongsi sejak semalam di media sosial sudah ditonton lebih 38,000 kali dan dikongsi di Twitter lebih 9,000 kali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI