fbpx

32 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Sebanyak 32 peratus pengundi keluar mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat pukul 11 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan perkara terbabit menerusi laman sosial Facebook rasmi sebentar tadi.

SPR menjangkakan sebanyak 70 hingga 75 peratus pengundi bakal turun mengundi sepanjang hari pengundian.

Mula dibuka pada jam 7.30 pagi, sebanyak 741 pusat mengundi membabitkan 2,540 saluran.

Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan dengan seramai 476 calon bertanding. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI