fbpx

22 terbunuh pesawat bawa kadet tentera terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat memeriksa bangkai pesawat pengangkut Antonov-26 yang di pangkalan tentera udara Chuhuiv kira-kira 30 kilometer dari Kharkiv, Ukraine semalam. - AFP

KIEV – Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh manakala dua lagi cedera parah selepas sebuah pesawat pengangkutan tentera yang membawa anggota kadet tentera udara terhempas dan terbakar berhampiran jalan raya di timur laut negara ini di sini semalam.

Janeral Tentera Udara Ukraine Ruslan Khomchak berkata, Pesawat Antonov An-26 terhempas ketika cuba mendarat semasa latihan.

Kadet itu berasal dari Universiti Tentera Udara Kharkiv yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan.

Melalui Video yang disiarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Anton Gerashchenko di laman sosial Facebook menunjukkan pesawat itu terbakar berhampiran jalan dan kelihatan asap tebal menyelubungi kawasan tersebut.

Rakaman yang diambil itu kemudian menunjukkan pekerja penyelamat memeriksa bangkai pesawat terbakar dan siasatan punca kemalangan itu sedang dijalanlankan.

Dalam pada itu Gabenor Wilayah Kharkiv, Oleksiy Kucher memaklumkan seorang juruterbang memberitahu punca kejadian adalah kegagalan enjin sebelah kiri pesawat untuk berfungsi namun keadaan itu bukan satu masalah kritikal bagi seorang juruterbang yang berpengalaman.

Selain itu Kucher berkata, berdasarkan maklumat awal beberapa orang sempat melompat keluar ketika pesawat berada pada ketinggian yang rendah.

Seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Yaroslav memberitahu, dia yang sedang memandu melihat seorang lelaki terbakar berlari dari pesawat itu setelah terhempas.

“Sebuah kereta lain berhenti di belakang kami lalu mengambil alat pemadam api dan berlari untuk membantu lelaki itu. Seorang lagi lelaki lain yang mengalami luka di kepala turut datang dan kami menariknya ke seberang jalan,” katanya.

Menurut Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine dalam satu kenyataan, kemalangan itu berlaku sekitar dua kilometer dari lapangan terbang tentera dan dikatakan seramai 27 orang telah menaiki pesawat tersebut.

Sementara itu, Pejabat Presiden Volodymyr Zelenskiy berkata dalam satu kenyataan satu suruhanjaya telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca kejadian dan kerja mencari dan menyelamat masih berterusan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI