fbpx

UKM tekad calar rekod Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain UKM FC meraikan kejayaan mereka mengikat Terengganu FC II 2-2 pada aksi Liga Premier minggu lalu. - FB UKM FC

KUALA LUMPUR – Kapten kelab Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC, Asnan Ahmad bertekad untuk mencalarkan rekod tanpa kalah Pulau Pinang menjelang aksi Liga Premier antara kedua-dua pasukan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang esok.

Asnan, 27, mengakui skuad Harimau Kumbang bukan calang-calang pasukan apatah lagi lawan tersebut mempunyai misi tersendiri untuk merangkul kejuaraan Liga Premier musim ini.

Bagaimanapun, pemain tengah itu menegaskan, UKM FC sedia bangkit untuk kembali berada pada landasan kemenangan sejak kali terakhir dilakukan ketika menang 1-0 ke atas Kelantan United pada 11 September lalu.

“Kami sebenarnya lebih memikirkan cara meraih tiga mata, bukannya berniat untuk menghalang Pulau Pinang daripada merebut trofi Liga Premier.

“Objektif utama kami mahu menang bagi mencerahkan peluang ke saingan Piala Malaysia. Jadi kami tidak boleh keciciran mata dan cuba menang ke atas Pulau Pinang pada aksi Sabtu ini,” katanya.

Skuad kendalian Sulaiman Hussin kini menduduki tangga kelapan dan perlu bekerja keras seandainya mahu mencipta kejutan ke atas Pulau Pinang yang kini mendahului carta liga dengan 20 mata selepas lapan perlawanan.

Apa yang pasti, skuad Harimau Kumbang pastinya mahukan kemenangan kerana kedudukan mereka masih belum selesa apabila cuma dipisahkan tiga mata daripada pasukan tangga kedua, Kuala Lumpur dengan baki saingan tiga perlawanan lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI