fbpx

Tiga lelaki wheelie motosikal ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Kota Bharu pagi tadi. Foto Ihsan Polis

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Tiga lelaki termasuk dua remaja ditahan selepas mereka menunggang motosikal dengan aksi mengangkat tayar hadapan atau wheelie dan ala Superman ditahan dalam dua Ops Samseng Jalanan berasingan di sini hari ini.

Suspek yang berusia 17, 19 dan 20 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pukul 3.30 hingga 4 pagi di Jalan Padang Kala dekat Melor dan di Bulatan Kampung Cempaka di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihakya menahan dua remaja berusia 17 dan 19 tahun menunggang motosikal dalam operasi pertama ketika mereka melakukan aksi wheelie dan meniarap di atas motosikal ala Superman

Katanya, mereka juga dipercayai sedang berlumba antara satu sama lain dengan mencelah kenderaan sehingga ia boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Kedua-duanya ditahan semasa memberhentikan motosikal jenis Yamaha 150ZR dan Honda EX5 di bahu jalan sebelah kiri dari arah Melor menghala ke Peringat sebelum dibawa ke balai polis.

“Dalam operasi kedua di Bulatan Cempaka, kita menahan lelaki berusia 20 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 kerana disyaki terlibat dalam penagihan dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Abdul Rahim, pemeriksaan mendapati dua daripada ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, semua suspek kemudian dibawa ke balai polis bersama motosikal masing-masing untuk tindakan lanjut.

Katanya, kesemuanya direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI